Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat

Ayat 1  - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin -  Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan  mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat  29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan  mulut.
Ayat 29 -  Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di  semburkan ke muka orang  tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal  dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan  bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 -  Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan  berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum  berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan  sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk  menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada  Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu  falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat  41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki  kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca  untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua   - Hancur
Tiupan ke-tiga   - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.         
Ayat 76 - Jika  hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang  dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata,  Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang  patah.
Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika  berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari  - boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3 kali berturut-turut), baca pada air (100 kali) dan  berdoa apa sahaja hajat.

Perlu Baca Dengan  Penuh Keyakinan:

Yaasin ialah jantung of Al-Quran
Fahami maksud ayat-ayat dalam Al-Quran, Yaasin memudahkan yang susah seperti :
  • Anak yang sakit
  • Perasaan tidak menentu
  • Memudahkan urusan
  • Memudahkan perjalanan
  • Air Selusuh (untuk mengurangkan sakit bersalin)
Baca Yasin (3 kali - pada air minuman)
Baca 3 Qul (tiga kali setiap satu), Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran  (10 kali)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali,  sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan. insyaallah....
Ayat 9 -  "Waja'alna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah, lindungi diri dari dianiaya.
Bagi  perlindungan diri dan rumah semasa tidur :
  • Baca Ayat 9
  • Fatihah
  • Baca 3 Qul (tiga kali setiap satu)
  • Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat  illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata  buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh : Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari, Ya Wadud (3 kali)
Ayat 58 - "Salamun..."
  • Jika sakit  anggota
  • Tak tenang hati
Baca (7 kali) dan gosok pada tempat  sakit.
Ayat 76 - "Falayahzun.."
  • Bila rasa sedih
  • Untuk menenangkan hati
  • Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari  Yuhyil Wahiya..."
  • Tulang patah
  • Sakit sendi
  • Sakit  lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
  • Jika mandul
  • Untuk  mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan 
  1. Sembahyang  tahjud
  2. Sembahyang hajat
  3. Doa minta hajat
  4. Baca ayat 100 kali dengan yakin
Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit  dalam badan)
Seperti di atas, Bila baca ayat, tiup dalam air minum, 1 cawan air pada
pagi hari sebelum makan / minum. Doa sambil minum Untuk 41 pagi.

  
Wallahualam.

  
Yang penting sesuatu itu yang  hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas  melakukannya.

Dalam YASIN merangkum:
  • Ilmu Pertanian
  • Ilmu Falak
  • Ilmu Laut
  • Ilmu Kiamat
  • Ilmu Ciptaan Manusia
  • Ilmu Binatang
  • Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak atau sudah meninggal dunia. Baca disisi  mereka dan bukannya di kubur (terutama ayat 12) - sebab kenapa kita perlu  baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih  hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'