Posts

Showing posts from October, 2017

SOLAT BERKASUT (DLM PENERBANGAN)

Syarat bagi solat berkasut.      Hanya ada satu syarat bagi solat memakai kasut, iaitu memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran yang melekat padanya. Hadith berikut dari  Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu dijadikan hujah: Bahawasanya Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  solat dengan berkasut. Dikala sedang solat beliau membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum. Sesudah selesai solat Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  bertanya: Mengapa kalian membuka kasut-kasut kalian ? Mereka menjawab: Kami melihat tuan membukanya maka kamipun membukanya. Mendengar itu Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  berkata: Jibril datang kepadaku mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran. Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya. Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah, kemudian solatlah dengan memakainya. Dari hadith di atas dapat difahami bahawa kasut tersebut mestilah

SOLAT DALAM PENERBANGAN

Solat Dalam Penerbangan Perkara pertama yang perlu diketahui adakah ketika itu telah masuk waktu solat mengikut waktu tempatan, misalnya tibanya Zuhur sewaktu berada di ruang udara Pulau Pinang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah, maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya. Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat Zuhur lagi. Berkenaan waktu solat, para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan merujuk kepada Juruterbang. Pada kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan. Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka tidak perlu mengulanginya semula. Solat Hormat Waktu Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbanga