SOLAT DALAM PENERBANGAN

Solat Dalam Penerbangan

Perkara pertama yang perlu diketahui adakah ketika itu telah masuk waktu solat mengikut waktu tempatan, misalnya tibanya Zuhur sewaktu berada di ruang udara Pulau Pinang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah, maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya. Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat Zuhur lagi. Berkenaan waktu solat, para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan merujuk kepada Juruterbang. Pada kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan. Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka tidak perlu mengulanginya semula.


Solat Hormat Waktu


Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbangan sedangkan penggunaan air adalah terhad. Jika air berlebihan, boleh mendatangkan kemudaratan kepada kapal terbang. Solat boleh dilakukan tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Menghormati Waktu. Ada ketikanya sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu. Pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi iaitu tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu. Namun apabila sampai ke destinasi, jika masih dalam waktu solat, ia perlu mengulanginya. Tetapi jika sudah luput waktu solat, ia perlu menggantikannya (qada).

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'