Posts

Showing posts from 2012

Untuk Anakku Anis

Image

Doa Lailatul Qadar

Ya Allah, ampunilah kami, kasihanilah kami. Berikanlah kami kekuatan dan kesungguhan. Kau istiqamahkanlah hati kami untuk manfaatkan peluang 10 malam terakhir yang masih tinggal ini untuk melipatgandakan amalan dan berpeluang mengucup nikmat Lailatul Qadar. Illahi ya Rabbi, ketemukan kami dengan Lailatul Qadar Mu kerana kami tidak mampu mengukur akan kemampuan kami untuk terus bernafas di Ramadan tahun hadapan. Janganlah kau biarkan kami mensia-siakan malam itu. Amin ya Rabbal Alamin...

Kelebihan Membaca Al-Quran

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup dan sesudah berada di akhirat, di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.

Peringatan Bersama

Image

Bacalah Al-Quran

Image
Sekiranya mampu, bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk. Sekiranya tidak mampu, ... bacalah separuh juzuk. Sekiranya tidak mampu, bacalah satu surah. Sekiranya masih tidak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Sekiranya tetap juga tidak mampu, memadailah dengan satu ayat. Sekiranya tidak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang Al-Quran dan tanyakan kepada diri sendiri, "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat-ayat Mu?" Pasti akan kau temui jawapannya nanti sekiranya engkau benar-benar ikhlas.

Himpunan Hadis

Sila klik pautan ini :   http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Jom kita beramal ...

Image

Maksud Taghut

Taghut dalam  bahasa Arab berasal dari perkataan tughyan bermaksud melampaui batas . Kepentingan mengetahui tentang taghut amat besar kerana tanpa kufur kepada taghut, iman seseorang kepada Allah SWT tidak sah. Yakni serentak dengan keimanan kepada Allah, mesti menafikan dan mengingkari taghut. Inilah maksud kalimah La Ilaha illa Allah. Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran menybut tetang taghut iaitu al-baqarah ayat 256-257, al-Nisa’ ayat 60. Ulama tafsir telah menyebutkan tentang tafsiran taghut. Antara makna taghut dalam syariah ialah Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun juga setiap yang mengatakan ia tahu perkara ghaib seperti ‘arraf, Syaitan. Setiap pemimpin yang sesat dan bid`ah lagi mengajak kpdnya berhala, ahli sihir, setiap yang disembah selain Allah dan ia redha.  Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim : Setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Lihat al-Imam al-Shawkani (1997), Fath al-Qadir, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jld 1, ms 471-473; Tafsir

Rejab

Pada  22 May 2012(Selasa) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Ahad, 17 June 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22,23,24 May 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam b