Maksud Taghut


Taghut dalam  bahasa Arab berasal dari perkataan tughyan bermaksud melampaui batas. Kepentingan mengetahui tentang taghut amat besar kerana tanpa kufur kepada taghut, iman seseorang kepada Allah SWT tidak sah. Yakni serentak dengan keimanan kepada Allah, mesti menafikan dan mengingkari taghut. Inilah maksud kalimah La Ilaha illa Allah. Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran menybut tetang taghut iaitu al-baqarah ayat 256-257, al-Nisa’ ayat 60.

Ulama tafsir telah menyebutkan tentang tafsiran taghut. Antara makna taghut dalam syariah ialah Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun juga setiap yang mengatakan ia tahu perkara ghaib seperti ‘arraf, Syaitan. Setiap pemimpin yang sesat dan bid`ah lagi mengajak kpdnya berhala, ahli sihir, setiap yang disembah selain Allah dan ia redha. 

Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim :

Setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Lihat al-Imam al-Shawkani (1997), Fath al-Qadir, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jld 1, ms 471-473; Tafsir al-Imam Ibn Jarir al-Tabari; Tafsir al-Qurtubi; Tafsir Ibn Kathir).

Pemimpin secular adalah taghut apabila memimpin berdasarkan sistem sesat atau jahiliyyah dan mencipta undang2 yang tidak diizinkan oleh Allah. Pengikut2 mereka adalah pejuang dan penyembah taghut serta disebut dalam al-Quran sebagai wali-wali syaitan.

Kufur kepada taghut bermaksud mengingkari ketuhanan dan ketuanan taghut, menjauhinya dan meninggalkannya. Kemudian tidak bertahakum atau bertahkim kepada taghut dalam setiap urusan dan masalah yang muncul dalam kehidupan. (Lihat Sa`id Hawwa, (1989) al-Asas Fi al-Tafsir, Dar al-Salam. Jld 1, tafsir al-Baqarah ayat 256).

Apabila kita telah merujuk kepada syariah Allah, al-Quran dan hadith dalam segenap aspek kehidupan, kita selamat dari taghut, insha Allah Ta`la. WalLahu a`lam.

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'