Posts

Showing posts from September, 2013

Ziarah Kubur Ibu Bapa

ZIARAH KUBUR IBU BAPA Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat. ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA ”Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati. Ini diterangkan dalam hadith maksudnya: Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang ya