MyFamily


Ketika mula menulis blog ini kedua ibubapa saya masih hidup. Mak meninggal dunia pada 2 April 2013 akibat tyroid cancer. Al Fatihah untuk arwah mak...Timah binti Liman.


Di wajah mereka ada wajah kami dan mereka sentiasa berada di hati kami. Walaupun mereka masih hidup tetapi kami sentiasa bersedekah pahala Al-Fatihah untuk meringankan keuzuran mereka. Semoga Allah s.w.t memperkenankan sedekah yang tidak memerlukan modal dan tenaga, memberi umur yang panjang, kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah, amin....


Saya mempunyai sebuah keluarga kecil yang sangat bahagia, alhamdulillah. Saya dikurniakan 2 orang anak perempuan yang berumur 18 dan 10 tahun.  Saya dan suami berasal dari mukim yang sama dan bersebelahan kampung di Rembau Negeri Sembilan. Kalau nak balik raya tidak menjadi masalah kerana jarak rumah keluarga yang dekat dan kami mengamalkan Sistem Bergilir, belum pernah berselisih faham setakat ini. Kedua-dua anak saya lebih manja dengan ayahnya berbanding ibunya. Apakah maksudnya itu??? Saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat, keberkatan umur, dimurahkan rezeki, diberi hidayah dan diberi kesihatan yang baik. Amin.... Sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia...


ini along.....


ini adik....



Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat