Posts

Showing posts from 2011

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'

Secara umumnya perkataan dalam tergolong sebagai kata adjektif. Namun demikian banyak penggunaan yang  tidak menyedari bahawa perkataan dalam mendukung tiga jenis kata dalam bahasa Melayu bergantung pada kedudukan dalam ayat. Lihat-ayat-ayat tersebut seperti yang di bawah ini: 1. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita mesti bertindak dengan segera. 2. Perigi yang terletak di tepi sawah itu sangat dalam. 3. Ketiga guru disiplin sampai, hanya mereka berdua berada di dalam bilik kelas itu. Dalam ayat (1), (2) san (3) di atas, perkataan dalam ayat pertama ialah kata tugas, iaitu kata sendi nama. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak boleh meletakkan kata penguat, kata bantu atau kata bilangan untuk mendampingi kata berikut seperti sangat dalam hal ini, telah dalam hal ini, atau lima dalam hal ini. Perkataan  dalam ayat (2) sememangnya dapat disertai oleh kata penguat. Oleh itu, kata tersebut ialah kata adjektif. Dalam ayat (3) pula, perkataan dalam ialah kata nama ara

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Yang pertama, huruf besar digunakan pada huruf pertama pada awal ayat. Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain; iaitu selepas tanda noktah. Contohnya : Hujan lebat semalam telah memyebabkan beberapa kawasan banjir kilat. Beberapa orang telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ditemui hampir lemas oleh pasukan penyelamat. Dilaporkan juga dua orang mati lepas dalam kejadian banjir kilat di beberapa kawasan tersebut. Yang kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung. Contohnya: Menteri Pelajaran berkata "Saya akan memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan dalam mencapai matlamat Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia."

Perjalanan Hidup Kita...

Image
Coretan untuk ahli keluarga : Waktu kamu berumur 1 tahun, dia menyuap dan memandikanmu ... sebagai balasannya ... kamu menangis sepanjang malam.

Khasiat Oat

Image
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat ke dalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit muka (cuci kulit muka dengan kapas terlebih dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang. Selamat Mencuba!!

Mengomel Menjadikan Kita Negatif

Image
Elakkan selalu megomel-ngomel, mengkomplen, mengkritik dan merungut-rungut. Elakkan dari selalu menunjukkan ketidakpuasan hati anda pada sesuatu. Geram macamanapun, berusahalah menyabarkan diri.

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat

Ayat 1  - 9 - Untuk keselamatan diri Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir. Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin -  Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan  mukminat.