Perjalanan Hidup Kita...

Coretan untuk ahli keluarga :

Waktu kamu berumur 1 tahun, dia menyuap dan memandikanmu ... sebagai balasannya ... kamu menangis sepanjang malam.
Waktu kamu berumur 2 tahun, dia mengajarmu bagaimana cara berjalan ... sebagai balasannya ... kamu kabur waktu dia memanggilmu.
Waktu kamu berumur 3 tahun, dia memasak semua makananmu dengan kasih sayang ... sebagai balasannya .... kamu buang piring berisi makanan ke lantai.
Waktu kamu berumur 4 tahun, dia memberimu pensil warna ... sebagai balasannya ... kamu conteng tembok rumah, sofa dan meja makan.
Waktu kamu berumur 5 tahun, dia membelikanmu baju-baju mahal dan cantik ... sebagai balasannya ... kamu memakainya dan bermain di kubangan lumpur.
Waktu kamu berumur 6 tahun, dia menghantarmu pergi ke sekolah ... sebagai balasannya ... kamu menjerit tidak mahu ke sekolah.
Waktu kamu berumur 7 tahun, dia membelikanmu bola ... sebagai balasannya ..kamu melemparkan bola ke tingkap rumah jiran.
Waktu kamu berumur 8 tahun, dia memberimu aiskrim ... sebagai balasann ya ...kamu kotorkan seluruh bajumu.
Waktu kamu berumur 9 tahun, dia membayar tuisyenmu ..sebagai balasannya ... kamu sering ponteng dan tak suka belajar.
Waktu kamu berumur 10 tahun, dia menghantarmu kemana saja ... sebagai balasannya ... kamu melompat keluar rumah tanpa berpesan dan memberi salam.
Waktu kamu berumur 11 tahun, dia mengantar kamu dan menghadiri majlis di sekolah ... sebagai balasannya .... kamu minta dia duduk di barisan lain.
Waktu kamu berumur 12 tahun, dia melarangmu melihat program tv khusus untuk orang dewasa ... sebagai balasannya ... kamu tunggu sampai dia keluar rumah.
Waktu kamu berumur 13 tahun, dia menyarankanmu untuk memotong rambut / memakai tudung ..sebagai balasannya.. kamu kata tidak tahu fesyen yang sesuai.
Waktu kamu berumur 14 tahun, dia memberi duit untuk tengok wayang ... sebagai balasannya .... kamu balik lewat dan tak pernah menelefonnya.
Waktu kamu berumur 15 tahun, dia balik ke rumah dari pejabat dan ingin memelukmu ... sebagai balasannya ... kamu kunci pintu bilik.
Waktu kamu berumur 16 tahun, dia mengajar kamu membawa kenderaan ...sebagai balasannya ... kamu mencuri pakai setiap ada kesempatan.
Waktu kamu berumur 17 tahun, dia sentiasa berdoa supaya kamu dapat keputusan SPM yang cemerlang.. sebagai balasannya ... kamu berdiam diri di sekolah pada hari keputusan diumumkan.
Waktu kamu berumur 18 tahun, dia sangat gembira kerana kamu mendapat tempat di Universiti...sebagai balasannya...kamu berpesta dengan kawan-kawan hingga balik lewat.
Waktu kamu berumur 19 tahun, dia membayar semua wang pendaftaran kuliahmu pada hari pertama ... sebagai balasannya ... kamu minta diturunkan jauh dari pintu gerbang Universiti kerana malu pada kawan2.
Waktu kamu berumur 20 tahun, dia bertanya "dari mana kamu seharian ini?".. sebagai balasannya ... kamu menjawab "takde ke manapun!"
Waktu kamu berumur 21 tahun, dia menyarankanmu satu pekerjaan yang baik untuk karier masa depanmu ... sebagai balasannya ... kamu katakan "Aku tidak mau jadi seperti kamu."
Waktu kamu berumur 22 tahun, dia memelukmu dan terharu waktu kamu lulus cemerlang pengajian tinggi ... sebagai balasanmu ... kamu bertanya bila boleh menyambung pelajaran ke luar negara.
Waktu kamu berumur 23 tahun, dia membelikanmu 1 set sofa untuk rumah baru/sewa mu ... sebagai balasannya ... kamu berkata itu bukan taste aku.
Waktu kamu berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunangmu dan bertanya tentang perancangan masa depan ... sebagai balasannya ... kamu mengeluh kerana malu dengan pertanyaan itu.
Waktu kamu berumur 25 tahun, dia membantumu membiayai pernikahanmu .. sebagai balasannya ... kamu pindah ke bandar lain yang jaraknya lebih dari 300 km.
Waktu kamu berumur 30 tahun, dia memberimu nasihat bagaimana menjaga bayimu ... sebagai balasannya ... kamu katakan zaman sekarang sudah berbeza.
Waktu kamu berumur 40 tahun, dia menelefonmu untuk memberitahu majlis kenduri keluarga terdekat ... sebagai balasannya ... kamu jawab "Aku sibuk sangat nie..."
Waktu kamu berumur 50 tahun, dia seringkali mengadu sakit sehingga memerlukan rawatan ... sebagai balasannya ... kamu membaca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anaknya
dan hingga SUATU HARI, dia meninggal dengan tenang ... dan tiba-tiba kamu teringat semua yang belum sempat kamu lakukan ... dan ketika itu hatimu seperti ditusuk sembilu ...
JIKA ORANGTUAMU MASIH ADA ... BERIKANLAH KASIH SAYANG DAN PERHATIAN LEBIH DARI YANG PERNAH KAMU BERIKAN SELAMA INI ;
JIKA ORANG TUAMU SUDAH TIADA ... INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TELAH DIBERIKANNYA DENGAN TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU

MAMPUKAH KITA LAKUKANNYA??????

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'