Mengomel Menjadikan Kita Negatif


Elakkan selalu megomel-ngomel, mengkomplen, mengkritik dan merungut-rungut. Elakkan dari selalu menunjukkan ketidakpuasan hati anda pada sesuatu. Geram macamanapun, berusahalah menyabarkan diri.


Rasa tidak puas hati ibarat seketul bara api yang kecil. Bila bara api yang kecil ditiup angin kemarahan, bara yang kecil itu akan mengeluarkan api yang marak membakar. Semakin ditiup, apinya akan jadi semakin besar.
Fikiran yang tertumpu pada rasa tidak puas hati akan menjadi seperti ‘angin’ yang meniup api, menjadikan kita susah untuk menyabarkan diri kerana kemarahan yang berterusan terbit dari dasar hati.
Dalam apa jua keadaan, berusahalah menyabarkan diri anda. Berlindunglah dengan Allah swt dari bisikan-bisikan yang menjadi peniup api kemarahan dalam diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'