Posts

SOLAT BERKASUT (DLM PENERBANGAN)

Syarat bagi solat berkasut.      Hanya ada satu syarat bagi solat memakai kasut, iaitu memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran yang melekat padanya. Hadith berikut dari  Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu dijadikan hujah: Bahawasanya Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  solat dengan berkasut. Dikala sedang solat beliau membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum. Sesudah selesai solat Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  bertanya: Mengapa kalian membuka kasut-kasut kalian ? Mereka menjawab: Kami melihat tuan membukanya maka kamipun membukanya. Mendengar itu Nabi  sallallahu-alaihi-wasallam  berkata: Jibril datang kepadaku mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran. Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya. Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah, kemudian solatlah dengan memakainya. Dari hadith di atas dapat difahami bahawa kasut tersebut mestilah

SOLAT DALAM PENERBANGAN

Solat Dalam Penerbangan Perkara pertama yang perlu diketahui adakah ketika itu telah masuk waktu solat mengikut waktu tempatan, misalnya tibanya Zuhur sewaktu berada di ruang udara Pulau Pinang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah, maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya. Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat Zuhur lagi. Berkenaan waktu solat, para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan merujuk kepada Juruterbang. Pada kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan. Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka tidak perlu mengulanginya semula. Solat Hormat Waktu Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbanga

Guru Berpesan

Tidak lah aku takuti maksiat yang terang-terangan, yang ditakuti adalah maksiat yang berjubahkan ketaatan. Hakikat manusia itu sesat kecuali orang yg berilmu, hakikat orang berilmu itu tidur kecuali orang mengamalkan ilmunya. Mengharapkan rahmat tanpa ketaatan adalah satu kejahilan. Bersampanlah dikau di lautan, jangan dikau bersampan atas daratan. Bersyariat tanpa hakikat itu hampa, berhakikat tanpa syariat itu adalah sia-sia.

Peringatan...

Orang yang banyak amal ibadah, di langit yang pertama sudah tercampak amalannya. Kalaupun boleh naik, di langit yang kedua pula tersekat. Begitulah seterusnya di pintu-pintu langit yang lain hingga sampai ke pintu langit yang ketujuh, tersangkut lagi. Itu bagi orang yang beramal, masih tertolak amalannya. Bagaimana agaknya kalau orang yang tidak beramal langsung? Mengapa amalan lahir itu tersangkut? Tersangkutnya amalan itu kerana ia ada hubungan dengan penyakit batin atau roh (hati) kita yang masih kotor. Orang yang mengumpat umpamanya, kerana hatinya sakit. Walaupun mengumpat itu nampaknya amalan lahir, mulutnya yang bercakap tetapi ia datang dari hati yang kotor. Sebenarnya hati itulah yang mengumpat. Dalam Al Quran, Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran mahupun dalam Hadis, Allah hanya membantu orang-orang mukmin yang bertaqwa. Jadi bila jiwa sudah bersih, ma

Ziarah Kubur Ibu Bapa

ZIARAH KUBUR IBU BAPA Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka. Seperti dalam sebuah hadith diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat. ORANG YANG MATI SENTIASA BERHAJAT KEPADA DOA UNTUKNYA ”Kenangkanlah daku dalam doamu”- rayuan ini bukan sahaja terpancar dari orang yang hidup terhadap orang yang hidup, tetapi sentiasa dirayukan oleh orang yang mati. Ini diterangkan dalam hadith maksudnya: Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang ya

Kisah 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN

Imam al-Ghazali

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Ilustrasi Imam Al-Ghazali Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali merupakan seorang ‘alim yang gemar mempelajari bermacam-macam jenis ilmu. Ini telah diceritakan oleh al-Imam Abu Hamid al-Ghazali sendiri di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ad-Đalal. Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku. Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah. Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku