Ibu bapa beliau Sayyid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jilan di negara Parsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan imam Hassan iaitu anak kepada yang tertua bagi Saidina Ali saudara sepupu Nabi besar Muhammad s.a.w. dan bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah - Abdullah Saumi - keturunan imam Husin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang demikian Sheikh Abdul Qadir Jilani ialah keturunan Hassan dan juga Hussin. Permulaan hayatnya Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang saleh. Ini membuat beliau ingin pe...
Comments
Post a Comment