Posts

Showing posts from March, 2013

Kisah 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN

Imam al-Ghazali

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Ilustrasi Imam Al-Ghazali Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali merupakan seorang ‘alim yang gemar mempelajari bermacam-macam jenis ilmu. Ini telah diceritakan oleh al-Imam Abu Hamid al-Ghazali sendiri di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ad-Đalal. Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku. Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah. Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku

Ucapan...

Ucapan di bibir itu hanya sekadar hiasan dunia, manakala ucapan di hati itulah yang dipandang dan menjadi perkiraan Allah swt.

Sejarah Ringkas Sheikh Abdul Qadir Jailani

Ibu bapa beliau Sayyid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jilan di negara Parsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan imam Hassan iaitu anak kepada yang tertua bagi Saidina Ali saudara sepupu Nabi besar Muhammad s.a.w. dan bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah - Abdullah Saumi -  keturunan imam Husin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang demikian Sheikh Abdul Qadir Jilani ialah keturunan Hassan dan juga Hussin. Permulaan hayatnya   Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang saleh. Ini membuat beliau ingin pergi ke Ba