FamilyDay

Hari Keluarga Hj Ujang 2011

Hari Keluarga Hj Ujang telah berlangsung pada 29 - 30 Januari 2011 (Sabtu - Ahad). Program ini diadakan di Shah Beach Resort, Km 9, Tanjung Kling Melaka.

Shah Beach Resort berkonsepkan tradisional. Pembinaannya berasaskan kayu, papan dan rumbia. Kami terasa kelainannya seolah-olah berada di Kampung Durian Daun. Berhampiran resort terdapat lautan yang luas dan cantik tetapi hanya sesuai untuk memancing dan bukan untuk mandi manda. Semua ahli keluarga telah menghadiri program tersebut kecuali Alin dan Fiqah. Mereka berdua sangat sedih kerana tidak dapat bersama-sama pada hari berkenaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ini pemandangan Shah Beach Resort. Sepanjang berada di sana hujan turun berlarutan tanpa henti sehingga keesokan harinya. Program outdoor tidak dapat dijalankan hanya aktiviti indoor sahaja yang mampu diteruskan. Walaubagaimanapun kami sangat gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama menjayakan Hari Keluarga yang dihadiri bersama oleh kedua-dua emak dan abah. Kami merasakan bahawa inilah satu-satunya peluang untuk berjumpa dan merapatkan silaturrahim sesama keluarga setelah penat bekerja. Saat indah ini akan menjadi kenangan manis yang akan diabadikan dalam memori setiap ahli keluarga.


Antara aktiviti indoor yang sempat dijalankan ialah pertandingan puzzle untuk kanak-kanak, pertandingan melukis kanak-kanak, dua persembahan tarian oleh anak-anak Angah Atan yang berbakat besar, Serasi Bersama - pasangan suami isteri, Teka Lagu dengan bahasa isyarat , Teka Filem P. Ramlee dengan bahasa isyarat dan Teka Peribahasa dengan bahasa isyarat. Aktiviti 'Teka' ini dijalankan secara berkumpulan. Angah Atan dan Induk Jem merupakan organizer program kali ini. Syabas dan tahniah! kepada organizer kerana aktiviti yang diatur telah berjalan lancar.

Banyak hadiah menanti antaranya ialah ... aktiviti berkumpulan - siapakah pemiliknya... mari kita lihat!!!


>>Pertandingan Puzzle


Inilah Puzzle nya...

>>Pertandingan Melukis...


Dapat Hadiah ...


>>Serasi Bersama - Pasangan Suami Isteri

Pasangan Mama dan Papa


Pasangan Mak Lang & Pak Lang


Pasangan Apak & Mak Mi


Pasangan Mak Teh & Pak Teh


Pasangan Umi & Pak Cik - Suami tidak hadir.....

Pasangan Mak Tam & Pak Tam


Pasangan Induk Besar & Uncle Nol ... Uncle Nol tidak hadir...
Pasangan Induk Kecik & Uncle Mi...


Pasangan Along Nizam & Kak Long Ani


 Pasangan Angah Atan & Kak Ngah Zana


Pasangan Juan & As


Keputusan Markah

1.  Pasangan Mama & Papa = 4/6
2. Pasangan Mak Lang & Pak Lang = 4/6
3. Pasangan Apak & Mak Mi = 4/6
4. Pasangan Mak Teh & Pak Teh = 2/6
5. Pasangan Mak Tam & Pak Tam = 4/6
6. Pasangan Induk Kecik & Uncle Mi = 3/6
7. Pasangan Along Nizam & Kak Long Ani = 6/6
8. Pasangan Angah Atan & Kak Ngah Zana = 5/6
9. Pasangan Juan & As = 6/6

Jadi, pasangan Along Nizam & Kak Long Ani dan pasangan Juan & As mendapat markah tertinggi yang sama iaitu 6/6. Mereka diberi satu tugasan lain iaitu mengikat sebanyak mungkin rambut suami masing-masing untuk menentukan tempat pertama dan kedua.

Aktiviti Mengikat Rambut Suami...


Akhirnya jumlah ikatan yang paling tinggi ialah pasangan Juan & As !!!!!!

Penyampaian Hadiah
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pak Lang.....

Tempat ke-3


Pasangan Angah Atan & Kak Ngah Zana

Tempat ke-2


Along Nizam & Kak Long Ani

Tempat Pertama


Pasangan Juan & As  ... yea!!!!!!!! 

>>Teka Lagu, Filem P.Ramlee dan Peribahasa dengan isyarat
Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Biru, Kuning dan Merah.

Kumpulan Biru
Kumpulan Kuning
Kumpulan Merah



Kumpulan Biru mendapat markah tertinggi....yea!!!!!
Kumpulan Merah mendapat ke-2 dan Kuning tempat ke-3..



Setelah semua aktiviti selesai, kami breakfast bersama-sama, swimming dan bersurai...balik ke rumah masing-masing....









>>Persembahan Tarian Mashitah & Balqis
akan dimasukkan kemudian

>>sweet memories..........






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'

Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat