Penggunaan Huruf Besar Dan Huruf Kecil Dalam Penulisan Bahasa Melayu
Yang pertama, huruf besar digunakan pada huruf pertama pada awal ayat. Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain; iaitu selepas tanda noktah. Contohnya : Hujan lebat semalam telah memyebabkan beberapa kawasan banjir kilat. Beberapa orang telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ditemui hampir lemas oleh pasukan penyelamat. Dilaporkan juga dua orang mati lepas dalam kejadian banjir kilat di beberapa kawasan tersebut. Yang kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan langsung. Contohnya: Menteri Pelajaran berkata "Saya akan memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan dalam mencapai matlamat Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia."
Comments
Post a Comment