Kepelbagaian Penggunaan Perkataan 'dalam'
Secara umumnya perkataan dalam tergolong sebagai kata adjektif. Namun demikian banyak penggunaan yang tidak menyedari bahawa perkataan dalam mendukung tiga jenis kata dalam bahasa Melayu bergantung pada kedudukan dalam ayat. Lihat-ayat-ayat tersebut seperti yang di bawah ini: 1. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita mesti bertindak dengan segera. 2. Perigi yang terletak di tepi sawah itu sangat dalam. 3. Ketiga guru disiplin sampai, hanya mereka berdua berada di dalam bilik kelas itu. Dalam ayat (1), (2) san (3) di atas, perkataan dalam ayat pertama ialah kata tugas, iaitu kata sendi nama. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak boleh meletakkan kata penguat, kata bantu atau kata bilangan untuk mendampingi kata berikut seperti sangat dalam hal ini, telah dalam hal ini, atau lima dalam hal ini. Perkataan dalam ayat (2) sememangnya dapat disertai oleh kata penguat. Oleh itu, kata tersebut ialah kata adjektif. Dalam ayat (3) pula, perkataan dalam ialah kata...