Taghut dalam bahasa Arab berasal dari perkataan tughyan bermaksud melampaui batas . Kepentingan mengetahui tentang taghut amat besar kerana tanpa kufur kepada taghut, iman seseorang kepada Allah SWT tidak sah. Yakni serentak dengan keimanan kepada Allah, mesti menafikan dan mengingkari taghut. Inilah maksud kalimah La Ilaha illa Allah. Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran menybut tetang taghut iaitu al-baqarah ayat 256-257, al-Nisa’ ayat 60. Ulama tafsir telah menyebutkan tentang tafsiran taghut. Antara makna taghut dalam syariah ialah Al-Kahin iaitu bomoh dan dukun juga setiap yang mengatakan ia tahu perkara ghaib seperti ‘arraf, Syaitan. Setiap pemimpin yang sesat dan bid`ah lagi mengajak kpdnya berhala, ahli sihir, setiap yang disembah selain Allah dan ia redha. Tafsiran Malik ibn Anas oleh Ibn ABi Hatim : Setiap pencipta undang-undang yang tidak diizinkan Allah (Lihat al-Imam al-Shawkani (1997), Fath al-Qadir, al-Mansurah: Dar al-Wafa’, jl...