SOLAT BERKASUT (DLM PENERBANGAN)
Syarat bagi solat berkasut. Hanya ada satu syarat bagi solat memakai kasut, iaitu memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran yang melekat padanya. Hadith berikut dari Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu dijadikan hujah: Bahawasanya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam solat dengan berkasut. Dikala sedang solat beliau membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum. Sesudah selesai solat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bertanya: Mengapa kalian membuka kasut-kasut kalian ? Mereka menjawab: Kami melihat tuan membukanya maka kamipun membukanya. Mendengar itu Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkata: Jibril datang kepadaku mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran. Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya. Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah, kemudian solatlah dengan memakainya. Dari hadith ...